Sabtu lepas,MrGoldfish jemput kawan-kawan datang rumah beraya.
Saya kelam kabut mengemas rumah,mop lantai,vacum rumah.
Sebab jarang mop lantai kan.
Sebab orang nak datang layankan.kemas bersungguh-sungguh.
Nasibla rumah tak besar.
Makanan siap order.
Saya buat dessert sahaja.
Itulah yang paling senang dan simple pun.
Pukul 4, tetamu datang dari bandar SA.
Ada 4 orang anak yang sedang nak membesar.
anak-anak meluru ke meja makan.
Anak 1 terus kaut nasi impit pakai tangan.
Anak 2 terus celup tangan dalam punch bowl air sirap.
Anak 3 terus masuk bilik anak saya.
Anak 4 masuk dapur.main air di sinki
Saya yang tergamam terus tergamam melihat kerenah anak mereka.
yang pelik,ibu dan bapa merangkap kawan sahabat MrGoldfish tadi membiarkan sahaja.
Saya pulak seperti mak ayah mereka tegur jangan buat perangai macam tu.
Sakit hati sekejap.
Sebab fikir budak yang tak berapa budak. Darjah 3, Darjah 2, 6 tahun, 1 tahun.
Boleh anda bayangkan?
Mereka balik,saya tanya pada MrGoldfish anak mereka memang macamtu? mak ayah dia kerja apa? anak nakal sangat nih.Dengan nada berguraula.
2-2 mak ayah cikgu sekolah rendah dan menengah.
anak -anak dia memang perangai macamtu.
Rumah yang diorang pergi sebelum datang rumah kita,
dia patahkan robot transformer anak tuan rumah.Selamba MrGoldfish cakap pada saya.
Masyallah.terkedu saya.
Macamana mereka mendidik anak anak yang lain kalau anak mereka sebegitu rupa?
Salah siapa ni?Salah tuan rumah?salah ibu bapa?
Tajuk ada kena mengena ke?