Kadang-kadang bila melawat blog orang lain, rasa macam kenapalah nak cerita benda macamni.cerita yang entah apa-apa.tapi itulah,sebab blog mereka,suka hati mereka lah nak cerita apa kan.sebab tu kadang-kadang saya malas nak berblog.Sebab nanti blog saya pun macam blog sampah.Sigh.
tapi tiba-tiba nak berblog semula sebab nak simpan diari untuk kenangan. ya allah,syukur ya allah, saya pregnant anak kedua lepas 6 tahun tunggu.ya allah, tak sia-sia doa anak sulung lepas solat hari -hari.
sekarang 1trimester.baru 2 bulan.So far, mabuk dan loya ada.muntah pun ada tapi tak seteruk anak pertama.cuma lepas tahu pregnant,saya demam seminggu pakej dengan sakit kepala yang tak boleh tidur malam.ya allah,sakit sangat.MC seminggu.Tapi alhamdulillah,lepas pergi hospital sihat sikit.dah boleh kerja macam biasa.cuma loya lepas balik kerja.balik kerja mesti nak muntah.
biasalah, bau badan Mr Goldfish memang tak boleh.parfume dia memang tak boleh bau.tapi dia degil,mesti nak dekat-dekat dengan saya.saya rimas.kesian dia.masa saya tak sihat, dia pun tak tido malam jaga saya.terpaksa layan karenah saya yang kejap suruh picit kepala,kejap nak air,kejap nangis cakap tak boleh tidur.
Lepas saya sihat, dia pulak demam plus muntah-muntah.Isk,kesian.
Tapi sekarang, al hamdulillah, kami berdua sihat.Esok, insyallah first check up dengan Dr Suhaiza Salleh.
Oh,memandangkan pregnancy kali ini tidak di tanggung oleh co saya dan co husband,maka kami berdua dah mula menabung untuk kos bersalin memandangkan saya budak manja sedikit,tidaklah prefer bersalin di government hospital.maka, private hospitalla yang menjadi pilihan,dan sendiri mau ingat menabunglah.
Saya berdoa sangat pregnancy kali ke dua dan yang sangat di nanti oleh Mr Goldfish dan gedek ini sihat dan selamat sehingga bersalin nanti.
Sekarang perangai saya berubah
- jadi lebih pendiam.kat office, bercakap bila perlu sahaja
-malas nak melayan karenah orang sangat.lebih suka buat hal sendiri
-makanan semua nampak tidak menyelerakan.telan apa yang boleh telan.
-suka minum susu dan makan yogurt.
-rasa malas memang ada,tapi alhadulillah boleh lawan compare to 1st pregnancy sebab tak kerja,so asyik nak tidur.sekarang, kurang nak tidur tapi nak duduk sahaja.
-masak memang tak boleh.tapi kuatkan juga diri.
Harap-harap masuk 2nd trimester ni saya sihat sediakala.
No comments:
Post a Comment