adv

Baby Mama

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, 29 August 2013

Malaysia sebenarnya majmuk

Pagi ni ada appoinment di PWTC.Dah lama tak ke sana.
Naik Putra LRT,senang kan.public transport ada.
Sampai di Masjid Jamek, kenapa ramai sangat orang?
Tertanya-tanya juga,ada artis datang ke.
Hurm,tepat jangkaan saya.
Ada Fafau dan Eji.betulkah ejaan nama itu.
Patutlah ramai berkerumun di tengah kawasan LRT tersebut.
Ah, abaikan.walaupun saya mengaku saya suka dengar hot fm kadang-kadang.
Kaki laju menuju Putra LRT.dengan yakin bahawa betul kaki saya membawa badan.
Tiba di platform, tren ke Sri Petaling.
Oh,saya dah lupa mana arah ke PWTC.
Tanya pada satu adik manis,dia pun tak dapat tolong.
Dalam kekalutan saya dan adik manis tadi, uncle cina menegur
Dengan bahasa ibunda kita yang pelat.
'Mau pigi mana'.
'PWTC uncle.naik dekat sini ke uncle?'
'Bulan-bulan.kena tulun bawah.tulun bawah.lintas jalan'
Oh,tiba-tiba ingatan saya kembali.
Ye betul,sini nak balik Ampang,sana pergi arah Sentul.
'Ok uncle.terima kasih banyak.'
'Sama-sama.'manis dia senyum.gigi takde.

Kesimpulan, Malaysia memang negara majmuk.Jangan cari pasal.

Princess Birthday Party

Saya ada anak perempuan.umur 6 tahun.anak tunggal.
Anak tunggal buat masa ini ye.
Sebut anak tunggal,mesti dapat semua yang dia nak.
Oh tidak!tidak sama sekali.
Umur setahun, first birthday party tak sambut.potong kek kat rumah sahaja.
Umur 2,3 tahun tak celebrate langsung.
Tapi tahun ini dari awal tahun dia dah start bunyi.
Mama,i want to celebrate my birthday party this year.
i want to invite all my school friends.
Saya bagitau pada goldfish,dia setuju.
ok,we can celebrate your birthday this year.
hooray,melompat dia.
Dan sejak dari bulan February 2013,si anak dah sibuk cari tema.
Bukan saya,tapi anak.until today,she keeps remind me on her birthday party.
Tema yang di pilih,princess.
Saat itu,saya teringat semasa mengandungkan dia,saya memang banyak baca tentang
puteri-puteri raja seluruh dunia.salah siapa?
salah ibu mengandung? 
Dan sekarang,si ibu sedang sibuklah mengoogle untuk tema yang si anak nak.




Wednesday, 28 August 2013

Frustation

Korang pernah frust tak?
Frust bercinta.
Frust tak dapat beli something.
Frust tak dapat makan
Frust tak dapat job.
Semalam aku frust.frust tunggu Goldfish balik lambat.
alih-alih aku tido dulu sebab frust.
Frustnye.

Terima kasih pada kakak

Semalam, dalam LRT aku rasa tidak selesa dihimpit oleh seseorang dari belakang.
Rasa tak selesa.beberapa kali memalingkan badan ke belakang untuk melihat empunya badan yang berbuat demikian.
Tak berjaya sebab LRT penuh sesak.
3 minit kemudian, terasa bahu dicuit.
'Dik,zip baju adik terbuka'.empunya badan di belakang menegurku.
Aku terkesima.Kakak tersebut dengan cepat menarik zip baju ku.
Dan aku, dengan muka yang tengah mencover malu ucapkan terima kasih padanya.
Sudahnye,terasa diri seperti di cabul bila memikirkan berapa mata yang dah menjamu belakang badan aku petang semalam.Damn.

Katak bawah tempurung

Pernah dengar peribahasa katak bawah tempurung?
Google kalau siapa tak pernah tahu or dengar peribahasa tersebut.
Jangan jadi macam katak bawah tempurung.
Maksudnya? orang yang cetek pengetahuan?orang yang tak tahu apa-apa?
Kalau katak bawah kaca atau katak bawah gelas kaca? Berpengetahuan tapi malas nak ambil port?macamtu ke? hehe.

Oh, kenapa saya pilih nama blog katakbawahkaca ni? erm, mungkin saya yang tak ada pengalaman dalam bidang penulisan ni cuba nak sampaikan yang jangan pandang rendah pada katak bawah kaca.tak sama katak bawah tempurung dan katak bawah kaca.katak bawah kaca ni katak-katak nampak semua perkara cuma mereka tidak berpeluang untuk jelaskan keadaan yang jadi sebab terperangkap kan.tapi katak bawah tempurung ni,memang gelap gelita duduk dalam tempurung tu.tak nampak dunia luar.
TAPI,katak bawah kaca ni,mereka nampak keadaan di luar,cuma tak dapat nak keluar untuk join group katak-katak yang bebas di luar tu. 

oh, saya merepek tentang katak petang ni.Hari nak hujan,katak-katak confirm suka ni.