Topik memilih hospital hari ini.saya memang dah ada pilihan hospital saya.minggu lepas, habis meeting di sebuah bank M ni,berbualla sekejap dengan 2 orang dari mereka yang agak rapat dengan saya.
mereka tanya saya bersalin di mana nanti,saya pun jawapla hospital bla bla bla.kebetulan seorang dari mereka tu,isteri tengah menunggu hari.saya pun tanyalah bersalin di mana.dia jawap di hospital bla bla bla.lepas tu dia boleh cakap aku lempang je bini aku kalau dia mengada nak bersalin kat private hospital.sama je bersalin mana mana pun.
masyallah, terkejut saya bila dia cakap macamtu.saya balas, jangan cakap macammtu.kesian bini dah mengandung 9 bulan,letih,penat tanggung beban, apa salahnya bagi keselesaan semasa bersalin nanti.
betul tak di nafikan, private hospital menelan kos yang tinggi tambah-tambah kalau ada masalah kecemasan saat akhir.tapi syukurlah,suami saya sangat memahami isterinya.dia awal-awal lagi dah suruh saya yang buat pilihan nak bersalin di mana.kos jangan risau katanya,serahkan pada dia.kami menabung.ye,kami buat tabung khas untuk baby bila dapat tahu saya mengandung.cukup 9 bulan,dapatlah tambah kos bersalin dan lain-lain.bersusah dulu bersenang kemudian.
kalaulah hospital kerajaan di Malaysia ni seperti di luar negara yang tip top, saya rasa saya pun tak pilih private hospital.ngeri bila dengar kawan-kawan bercerita tentang hospital kerajaan di sini.semua yang bercerita pada saya semuanya negatif,takde yang positif.
contohnya:
1. kene marah dan bebel dengan nurse bila kita asyik panggil sebab mengadu sakit
2. nurse kasar
3. lepas bersalin keadan darah-darah,nurse biarkan kat katil lama tak salin baju dengan separuh bogelnya.
4. nurse bagi air kopi lepas setengah jam bersalin
5.jahitan salah,kene buka semula
6.doktor tak friendly.muka masam
7.sampai ada kes kematian pada bayi sebab nurse tak handle betul.
dan macam macam lagilah.
kenapa mereka mesti isukan,hospital bayar layanan mestilah tip top.kenapa hospital kerajaan tak boleh bagi layanan yang mesra ye.
Saya tahu sesetengah dari kita memang tidak berkemampuan.saya faham keadaan itu.tapi bagi saya mereka yang mampu tetapi tidak mahu mengeluarkan duit untuk keselesaan isteri tu rasa memang tak patut.
saya pilih private hospital sebab.
1. saya nak pilih lady doktor
2.saya dan husband menitikberatkan soal aurat
3.aurat
4. saya nak husband ada bersama saya masa bersalin
5.saya nak husband ada untuk teman saya lepas bersalin
6.saya tak suka private part saya menjadi tatapan umum orang ramai (dr,dr pelatih,nurse,nurse pelatih,dan sesiapa yang tak dikenali)
biarlah kawan-kawan saya nak perli husband saya orang kaya, banyak duit boleh pergi private hospital.yang penting saya selesa dan saya tak stress nak bersalin.duit boleh di cari dan dikumpul semula.
No comments:
Post a Comment