adv

Baby Mama

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, 2 November 2014

So long

Lamanya tak buka blog.banyak benda yang jadi.

1. baby boy dah almost 4 months
2. my sister's baby died
3. me and my family moved to our new house
4. im back to work
5. i had batholian cyst

Pheww..macam macam jadi dalam masa 3 bulan.

Thursday, 24 July 2014

13.7.2014-finally he came out

after a  long journey, (not so long) i finally gave a birth to baby boy on 13 july 2014. pheww..plan nak deliver masa nuzul quran, but nampaknya baby tak sabar nak keluar sebab mama baby asyik cakap dengan baby cepatla keluar.

On saturday, me and family berbuka puasa at my sister house since my brother came to KL. a bit tired during that day sebab saya buatkan pavlova dan memang tak duduk diam sehari tu. lepas berbuka saya balik rumah dan masih berkemas rumah lagi(sebab nak pindah rumah baru,rumah memang bersepah habis,pening). tidur dalam pukul 12 lebih. suddenly, around 4am, rasa sakit.tapi saya buat tak tahu.i never know how contraction pain since my first child born with induce process and epidural.but what i've read in GBG(gentle birth group), they said contraction pain is like 30 times period paid. ok, i guess this is the time. saya sambung tidur.tahan sakit tersebut sebab jarak masa sakit dalam 15 minit. i woke up around 8 am and rasa sakit makin kuat.kejut Mr Gold fish cakap dengan dia rasa sakit. saya nak makan pun tak selera sebab sakit sangat yang datang dalam masa 10 minit sekali. Mr Goldfish bangun mandi dan bersiap.sebelum tu saya dah bersiap awal-awal.mandi dan shampoo rambut. 

On the way to hospital, masyallah sakit memang dah kerap.i think 5-8 minit sekali. tak tahan sangat. sampai hospital around 10 am. midwife check bukaan dah 3 cm.biasalah procedure, masuk ubat nak bagi poo poo.and midwife tanya nak induce.i said no.i can bear the pain.i dont want any drugs. eksyen lagi time tu.

pukul 11 contraction makin kerap.5-3 minit sekali. genggam tangan Mr Goldfish macam apa.kuat.sebab sangat sakit. cakap dengan Mr Goldfish, i cannot bear the pain. i want injection to reduce the pain. mr Goldfish cakap, u can do it.u kan follow gentle birth group, u cakap u tak nak any drugs.come on, boleh punya. 

11.30am, midwife buat VE, dah 8 cm. oh my god. midwife cakap Dr suhaiza is on the way. jangan teran lagi. sabar. saya dah nak rasa terberak. pukul 12pm, dr Suhaiza sampai.masa tu memang dah fully dilate.

mulalah episod teran.ya allah.macammni rasa beranak.dulu main tipu ye.and dulu rasanya beranak macam dengan dr patung.dr tak memberi sokongan langsung. but this time, Dr Suhaiza memang terbaik.dia punya sokongan padu tu memang bagi semangat. 

3 kali teran (fuhh...sangat penat and no energy sebab tak breakfast!)berangan nak makan telur separuh masak pun tak dapat.12.52pm, keluarla baby boy.masa baby meluncur keluar tu,mulut saya tak sudah-sudah sebut allahu akbar,allahu akbar.sebab rasa lega sangat.
settle semuanya, doc Suhaiza kiss dahi and pipi saya.ingat hubby yang kiss rupanya doc.hampeh punya hubby.

so bermulala sesi berpantang.hari ni dah 11 hari.

Friday, 6 June 2014

|Pregnancy| 8 months.counting the days

finally, i have a time to update my Shepard storry.been busy sincle last month due to hectic schedule of work. pheww.and sykur alhamdulilaah, everythings went smooth.my placenta is normal.my hb is normal too and my iron turn normal too.it's a miracle. i've drink a lot of air zam zam and eat kurma nabi. tak lupa juga berdoa pada allah semoga mudahkan segalanya.
lagi sebulan nak tunggu. next week, i will start work from home.tak larat nak pergi office dah.dengan badan dah membesar bagai johan.pelik,makantak banyak but i gained a lot.it's ok baby, for you.baby pun alhamdulillah,sihat.

nervous bila tengok calendar nak sampai masa bersalin dah.sekejap rasa.but seriously,saya tak sabar nak tunggu dia keluar.my gynae pun dah advise,if dah ada show,terus pergi hospital,dont delay.

last month pun,banyak sangat dengar negative story from office. tapi tak nak ingat.saya berdoa sahaja banyak-banyak agar segalanya dipermudahkan.

beg belum prepare lagi.2 minggu lagi start pindah rumah mot in law.rumah pun bersepah sekarang.tapi malas nak fikir.

oh july, i will see my baby.

Wednesday, 16 April 2014

|Pregnancy| Low Lying Placenta & Low HB with High Iron


3 weeks before 7 months of my pregnancy. Last check up i was detected with low lying placenta and low HB. Normal HB is 12, but mine is only 10. Doctor not advise me to take any iron pil since my iron is too high! Normal iron is 200, but mine is 400. Gosh,i dont know why this happen to me. Sonographer check my placenta and she said no worry because it's still type 1 and there's a chance to wait until 28 weeks.let's wait and see, next week is my next check up. i'm a bit worried about my placenta since i'm working and walking to go to work. i need to take train, climb the stairs, cross the road. currently i'm facing with abdomen cramp. 2 last week i'm on bedrest and just stay at home. my baby like it couse maybe i'm resting a lot. no office work to think, no house chores to do.just seat back, relaxing watching television. 


This week, i'm back to work. baby seem doesn't like it so much. since morning to evening, he kick my tummy and i suffered from tummy cramp.try to talked and persuade him slowly.
next week is my check up. so many tests to do during this check up. Blood test,sugar test,urine test,protein test and bla..bla.but in my head keep thinking about my placenta.
hopefully everything going well. and if not i need to take rest at home. pheww, rest at home, i think it's the best moment. you can pray,u can recite al quran without anybody to disturb you. you can rest all day long.Trust me, if you are at home you will rest enoughly. but sometimes you feel bored and you want to do the house chores. lipat kainlah,sidai kainla.but for me, seriously no cooking.

So Shepard( Mr Goldfish used to call our baby), if you want mama to bedrest with you, you let doctor know ok. but if you want mama to work, you must help me.pull your friend up to my tummy ya.

 

Tuesday, 11 March 2014

MH370


Ya allah,selama ni kalau tengok history channel pasal plane crash mesti duduk depan tv tu tak berkelip mata menonton.nak tahu punca semua.
tiba-tiba Sabtu lepas MAS punya plane hilang.MAsyallah.sangat terkejut.dan entah kenapa 
walaupun tiada saudara mara rapat perasaan sedih tu membuak-buak.mungkin kerana saudara seislam ada dalam kapal terbang tersebut. ya allah,sesungguhnya Kau lah yang maha berkuasa. 

Sejak dari hari tu, setiap masa saya menonton berita awani,menonton CNN untuk mengetahui update terkini.malangnya hingga hari ini, hari ke 4 masih lagi tiada tanda - tanda penemuan.spekulasi jangan cakaplah.terlalu banyak.
kadang-kadang bila terbaca status yang 'bodoh' dalam FB, rasa sedih sebab kenapalah ada manusia yang berfikiran sebegini.Entahlah.

Bila jadi perkara macammni, memang terasa kerdilnya diri ini.terasa dosa-dosa terlalu banyak.memang banyak.ya allah,kuatkanlah imanku.jauhkanlah aku dan keluargaku dari bencana dan malapetaka.

kita semua hanya boleh berdoa kepada Allah supaya pesawat tersebut di jumpai.jika ditemui penumpangnya selamat, syukur alhamdulillah.jika tidak, redhalah.itu adalah ujian dari Nya untuk membuka mata kepada semua umat islam yang alpa kepada Nya.

Pelik,banyak kejadian telah ditunjukkan tapi masih lagi umatNya tidak mempedulikan tentang kekuasaaNya.masih ramai lagi di luar sana yang tidak taat kepada Nya.

Ya allah, takutnya aku.kerdilnya aku.hinanya aku.jahilnya aku.
Ya allah,bimbinglah aku ke jalan mu.kuatkanlah iman ku.jauhkanlah aku dari hasutan iblis.

Monday, 10 February 2014

|pregnancy| 4 months coming up-bad and good habits

Dah masuk 4 bulan of pregnancy. Sekejap sangat rasa.Perubahan yang jadi pada saya?

1. mabuk dan loya dah kurang.
2.selera makan kembali tapi tengok jenis makanan.ada certains food yang tak boleh terima contoh western food.nak muntah bila tengok.
3.suka melawa.suka pakai baju cantik-cantik.suka nak make up tapi light make up.
4.boleh buat kerja rumah sikit-sikit dah.masak pun sikit-sikit dah boleh.
5.tapi petang ke malam masih lemah.battery dah weak, maybe. 

Tapi saya rasa saya garang, emo tak bertempat.kesian Mr goldfish. dengan kakak gedek saya kurang garang. emosi paling kemuncak waktu pergi dan balik kerja masa naik train.my god,memang rasa nak menjerit time tu.dengan manusia selfish yang suka tolak menolak dalam train. 

saya rasa pregnant kali ni memang saya garang dan beremo.itu perubahan ketara dalam hidup saya.kenapa ye.bila kerja balik pun dah malam,nak baca quran pun dah letih.dulu masa mengandung kakak gedek,tak kerja.rajin sungguh baca quran.
sekarang ni,weekend memang curi masa baca quran.
weekdays,pagi bangun dah bersilat di dapur nak siapkan bekal kakak gedek.
Tapi saya bersyukur dengan kesihatan yang di beri oleh Allah.

5 months to go.next check up March nanti.



Monday, 27 January 2014

|Pregnancy| situasi yang annoying semasa mengandung

fistly, kena banyak bersabar
secondly,kene bersabar
thirdly, bersabar dan bersabar

first pregnant saya tak kerja,jadi tak banyak masalah.bila kerja ni macam-macam dugaan ada.antaranya:

1. Pergi kerja naik lrt.biasalah orang malaysia ni baik baik belaka( baik sangat).jangan harapla nak dapat seat.biasanye mereka akan pandang kita dan buat muka bodoh.hati apa saya pun tak tau.kadang-kadang,makcik-makcik tua pulak yang bangun bagi seat pada kita.yang muda bergaya buat bangang.emo tau macamni.

2. Kat office terasa diri ni bertambah garang pulak.bahaya.sebab tu kalau boleh tak nak bercakap dengan sesiapa.sebab takut diorang benci sebab garang sangat.sekarang memang control diri dengan buat hal sendiri. 

3. Balik kerja.macam biasalah,back to number 1.sama jugak.kali ni lagi menyampah.buat-buat tidur la,sibuk baca novel,buat-buat tak nampak.takpela.esok kalau korang mengandung,rasalah keemoan ini ye.

jadi,kenalah banyak bersabar. hanya pregnant lady sahaja yang tahu perasaannya bila orang tak bagi duduk dalam lrt sedangkan memang dah nampak perut mengandung,bukan buncit.annoying betul!




Thursday, 23 January 2014

IPregnancy| private hospital vs government hospital?

Topik memilih hospital hari ini.saya memang dah ada pilihan hospital saya.minggu lepas, habis meeting di sebuah bank M ni,berbualla sekejap dengan 2 orang dari mereka yang agak rapat dengan saya.
mereka tanya saya bersalin di mana nanti,saya pun jawapla hospital bla bla bla.kebetulan seorang dari mereka tu,isteri tengah menunggu hari.saya pun tanyalah bersalin di mana.dia jawap di hospital bla bla bla.lepas tu dia boleh cakap aku lempang je bini aku kalau dia mengada nak bersalin kat private hospital.sama je bersalin mana mana pun.
masyallah, terkejut saya bila dia cakap macamtu.saya balas, jangan cakap macammtu.kesian bini dah mengandung 9 bulan,letih,penat tanggung beban, apa salahnya bagi keselesaan semasa bersalin nanti.

betul tak di nafikan, private hospital menelan kos yang tinggi tambah-tambah kalau ada masalah kecemasan saat akhir.tapi syukurlah,suami saya sangat memahami isterinya.dia awal-awal lagi dah suruh saya yang buat pilihan nak bersalin di mana.kos jangan risau katanya,serahkan pada dia.kami menabung.ye,kami buat tabung khas untuk baby bila dapat tahu saya mengandung.cukup 9 bulan,dapatlah tambah kos bersalin dan lain-lain.bersusah dulu bersenang kemudian.

kalaulah hospital kerajaan di Malaysia ni seperti di luar negara yang tip top, saya rasa saya pun tak pilih private hospital.ngeri bila dengar kawan-kawan bercerita tentang hospital kerajaan di sini.semua yang bercerita pada saya semuanya negatif,takde yang positif.
contohnya:

1. kene marah dan bebel dengan nurse bila kita asyik panggil sebab mengadu sakit
2. nurse kasar
3. lepas bersalin keadan darah-darah,nurse biarkan kat katil lama tak salin baju dengan separuh bogelnya.
4. nurse bagi air kopi lepas setengah jam bersalin
5.jahitan salah,kene buka semula
6.doktor tak friendly.muka masam
7.sampai ada kes kematian pada bayi sebab nurse tak handle betul.

dan macam macam lagilah. 

kenapa mereka mesti isukan,hospital bayar layanan mestilah tip top.kenapa hospital kerajaan tak boleh bagi layanan yang mesra ye.
 
Saya tahu sesetengah dari kita memang tidak berkemampuan.saya faham keadaan itu.tapi bagi saya mereka yang mampu tetapi tidak mahu mengeluarkan duit untuk keselesaan isteri tu rasa memang tak patut.

saya pilih private hospital sebab.

1. saya nak pilih lady doktor
2.saya dan husband menitikberatkan soal aurat
3.aurat
4. saya nak husband ada bersama saya masa bersalin
5.saya nak husband ada untuk teman saya lepas bersalin
6.saya tak suka private part saya menjadi tatapan umum orang ramai (dr,dr pelatih,nurse,nurse pelatih,dan sesiapa yang tak dikenali)

biarlah kawan-kawan saya nak perli husband saya orang kaya, banyak duit boleh pergi private hospital.yang penting saya selesa dan saya tak stress nak bersalin.duit boleh di cari dan dikumpul semula.


 
 

Sunday, 19 January 2014

|Pregnancy| Perangai kakak gedek so need attention from mama

hari ni dah 3 bulan 2 hari pregnant.my tummy dah nampak.maybe because it's a second child,so perut dah kembang kan,cepat nampak.pergi kerja naik lrt,orang dah offer seat but bukan semua orang baik hati ye.ada juga manusia selfish.takpelah.nanti bila kau orang pregnant,nail lrt,barulah rasa.

kakak gedek punya cerita,maybe sebab lama dia manja dengan saya jadi perangai dia agak annoying sometimes.
kadang-kadang dia baik.kadang-kadang dia degil.kadang-kadang dia mengada-ngada.
Kesian sebab dia asyik kene marah dengan Mr goldfish sebab mengada-ngada.
dan sikap rajin dia dulu hilang.sekang dia jadi malas.
sekarang ni almost every day dia kene bebel dengan Mr golfish.
saya malas nak marah sebab saya kesian.
mesti lah dia rasa kan.7 tahun dia berkepit dengan saya.tiba-tiba sekarang saya banyak jauhkan diri dari dia, neglecting her.memang dia sedihlah.

hai la kakak gedek, awak dah 7 tahun, jadi awak kene bersedia jadi kakak.7 tahun mama dan papa manjakan awak.memang manja betul.sekarang ni awak kene get ready yang awak akan ada adik. 

sekarang memang perangai saya tengah pelik.saya tak boleh tidur dalam bilik.saya rela tidur atas sofa di ruang tamu.Mr goldfish dan kakak gedek tidur dalam bilik.Entahlah,peel apa pun saya tak pasti.saya rasa benci dengan bilik tidur sendiri.

Last week pergi klinik for NT scan.alhamdulillah, so far semuanya normal. kalau 7 tahun lepas tak tahu pun pasal NT scan ni,but after advise from Dr Suhaiza, saya pergi buat juga. for more details about NT scan, please refer blog ni NT Scan.

hopefully, semuanya berjalan dengan lancar during this pregnancy. tak sabar nak jumpa Dr Suhaiza jumaat ni.nak check up.