adv

Baby Mama

Lilypie First Birthday tickers

Monday, 27 January 2014

|Pregnancy| situasi yang annoying semasa mengandung

fistly, kena banyak bersabar
secondly,kene bersabar
thirdly, bersabar dan bersabar

first pregnant saya tak kerja,jadi tak banyak masalah.bila kerja ni macam-macam dugaan ada.antaranya:

1. Pergi kerja naik lrt.biasalah orang malaysia ni baik baik belaka( baik sangat).jangan harapla nak dapat seat.biasanye mereka akan pandang kita dan buat muka bodoh.hati apa saya pun tak tau.kadang-kadang,makcik-makcik tua pulak yang bangun bagi seat pada kita.yang muda bergaya buat bangang.emo tau macamni.

2. Kat office terasa diri ni bertambah garang pulak.bahaya.sebab tu kalau boleh tak nak bercakap dengan sesiapa.sebab takut diorang benci sebab garang sangat.sekarang memang control diri dengan buat hal sendiri. 

3. Balik kerja.macam biasalah,back to number 1.sama jugak.kali ni lagi menyampah.buat-buat tidur la,sibuk baca novel,buat-buat tak nampak.takpela.esok kalau korang mengandung,rasalah keemoan ini ye.

jadi,kenalah banyak bersabar. hanya pregnant lady sahaja yang tahu perasaannya bila orang tak bagi duduk dalam lrt sedangkan memang dah nampak perut mengandung,bukan buncit.annoying betul!




Thursday, 23 January 2014

IPregnancy| private hospital vs government hospital?

Topik memilih hospital hari ini.saya memang dah ada pilihan hospital saya.minggu lepas, habis meeting di sebuah bank M ni,berbualla sekejap dengan 2 orang dari mereka yang agak rapat dengan saya.
mereka tanya saya bersalin di mana nanti,saya pun jawapla hospital bla bla bla.kebetulan seorang dari mereka tu,isteri tengah menunggu hari.saya pun tanyalah bersalin di mana.dia jawap di hospital bla bla bla.lepas tu dia boleh cakap aku lempang je bini aku kalau dia mengada nak bersalin kat private hospital.sama je bersalin mana mana pun.
masyallah, terkejut saya bila dia cakap macamtu.saya balas, jangan cakap macammtu.kesian bini dah mengandung 9 bulan,letih,penat tanggung beban, apa salahnya bagi keselesaan semasa bersalin nanti.

betul tak di nafikan, private hospital menelan kos yang tinggi tambah-tambah kalau ada masalah kecemasan saat akhir.tapi syukurlah,suami saya sangat memahami isterinya.dia awal-awal lagi dah suruh saya yang buat pilihan nak bersalin di mana.kos jangan risau katanya,serahkan pada dia.kami menabung.ye,kami buat tabung khas untuk baby bila dapat tahu saya mengandung.cukup 9 bulan,dapatlah tambah kos bersalin dan lain-lain.bersusah dulu bersenang kemudian.

kalaulah hospital kerajaan di Malaysia ni seperti di luar negara yang tip top, saya rasa saya pun tak pilih private hospital.ngeri bila dengar kawan-kawan bercerita tentang hospital kerajaan di sini.semua yang bercerita pada saya semuanya negatif,takde yang positif.
contohnya:

1. kene marah dan bebel dengan nurse bila kita asyik panggil sebab mengadu sakit
2. nurse kasar
3. lepas bersalin keadan darah-darah,nurse biarkan kat katil lama tak salin baju dengan separuh bogelnya.
4. nurse bagi air kopi lepas setengah jam bersalin
5.jahitan salah,kene buka semula
6.doktor tak friendly.muka masam
7.sampai ada kes kematian pada bayi sebab nurse tak handle betul.

dan macam macam lagilah. 

kenapa mereka mesti isukan,hospital bayar layanan mestilah tip top.kenapa hospital kerajaan tak boleh bagi layanan yang mesra ye.
 
Saya tahu sesetengah dari kita memang tidak berkemampuan.saya faham keadaan itu.tapi bagi saya mereka yang mampu tetapi tidak mahu mengeluarkan duit untuk keselesaan isteri tu rasa memang tak patut.

saya pilih private hospital sebab.

1. saya nak pilih lady doktor
2.saya dan husband menitikberatkan soal aurat
3.aurat
4. saya nak husband ada bersama saya masa bersalin
5.saya nak husband ada untuk teman saya lepas bersalin
6.saya tak suka private part saya menjadi tatapan umum orang ramai (dr,dr pelatih,nurse,nurse pelatih,dan sesiapa yang tak dikenali)

biarlah kawan-kawan saya nak perli husband saya orang kaya, banyak duit boleh pergi private hospital.yang penting saya selesa dan saya tak stress nak bersalin.duit boleh di cari dan dikumpul semula.


 
 

Sunday, 19 January 2014

|Pregnancy| Perangai kakak gedek so need attention from mama

hari ni dah 3 bulan 2 hari pregnant.my tummy dah nampak.maybe because it's a second child,so perut dah kembang kan,cepat nampak.pergi kerja naik lrt,orang dah offer seat but bukan semua orang baik hati ye.ada juga manusia selfish.takpelah.nanti bila kau orang pregnant,nail lrt,barulah rasa.

kakak gedek punya cerita,maybe sebab lama dia manja dengan saya jadi perangai dia agak annoying sometimes.
kadang-kadang dia baik.kadang-kadang dia degil.kadang-kadang dia mengada-ngada.
Kesian sebab dia asyik kene marah dengan Mr goldfish sebab mengada-ngada.
dan sikap rajin dia dulu hilang.sekang dia jadi malas.
sekarang ni almost every day dia kene bebel dengan Mr golfish.
saya malas nak marah sebab saya kesian.
mesti lah dia rasa kan.7 tahun dia berkepit dengan saya.tiba-tiba sekarang saya banyak jauhkan diri dari dia, neglecting her.memang dia sedihlah.

hai la kakak gedek, awak dah 7 tahun, jadi awak kene bersedia jadi kakak.7 tahun mama dan papa manjakan awak.memang manja betul.sekarang ni awak kene get ready yang awak akan ada adik. 

sekarang memang perangai saya tengah pelik.saya tak boleh tidur dalam bilik.saya rela tidur atas sofa di ruang tamu.Mr goldfish dan kakak gedek tidur dalam bilik.Entahlah,peel apa pun saya tak pasti.saya rasa benci dengan bilik tidur sendiri.

Last week pergi klinik for NT scan.alhamdulillah, so far semuanya normal. kalau 7 tahun lepas tak tahu pun pasal NT scan ni,but after advise from Dr Suhaiza, saya pergi buat juga. for more details about NT scan, please refer blog ni NT Scan.

hopefully, semuanya berjalan dengan lancar during this pregnancy. tak sabar nak jumpa Dr Suhaiza jumaat ni.nak check up.