adv

Baby Mama

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, 29 December 2013

|Pregnancy| - Pengalaman bersalin anak pertama

Sejak pregnant ni, saya suka la baca blog tentang pengalaman mengandung, pengalaman bersalin dan yang berkaitan dengan pregancy.

Saya tunggu 6 tahun untuk pregnant semula.saya berdoa,tawakal untuk mengandung semula.sedih juga sebab 3 tahun pertama cuba tidak berjaya.saya berusaha lagi dan berdoa sampai Mr Goldfish pun pujuk sabarlah,ini semua kan rezeki dari allah. 
sampailah tahun ni, saya banyak jumpa dr,minta nasihat dan pandangan.adik saya pula suruh try makan set kesuburan Shaklee,saya cuba sahaja,mana tau kan.i took the GLA vitamin on early September dan period saya memang irregular.so bila bulan 11 period tak datang(sebab memang 2 bulan sekali)saya mula rasa tak selesa.saya pergi berurut, saya masih makan lagi GLA, saya makan noculut,ubat trn darah.sampai awal dec, saya memang rasa lain macam.MR goldfish kata, try check sebab saya pun asyik pening.

Saya malas nak check sebab nanti sedih lagi.minggu ke dua Dec tergerak hati nak check,saya beli UPT di farmasi dan check dalam pukul 3 petang di office.Masyallah,clear 2 line UPT.saya macam tak percaya.wsapp MR Goldfish,ada ke dia kata saya wsaap dia gambar baju baru.dia kata,petang pergi klinik.balik dari office,saya masih tak puas hati,saya beli digital punya dan test di rumah.dan screen UPT tu tunjuk preganat 3+ means dah 5 minggu pregnant.MR Goldfish cakap saya degil,dia tak puas hati bawa saya pergi klinik.dan di klinik biasalah,buat urine test,and memang positive/masa tu baru husband puas hati.dr scan,and memang nampak kecil sangat.from that moment,everythings changed until today.


2007

kakak gedek born on September 07.oleh kerana morning sickness yang sangat teruk,saya terpaksa berhenti kerja dan tinggal dengan parent in law.nasibla ada in law yang baik.masa saya banyak dihabiskan dengan tengok tv,mengadap komputer,baca buku.masa tu facebook belum ada lagi.tak boleh update apa-apa.saya ingat lagi masa nak bersalinkan kakak gedek,petang tu, saya teman mother in law pergi carrefour,cari barang dapur.time tu 36 weeks.saya rasa macam baby dah less kick.saya sms Mr goldfish,inform yang baby less kick.and dia reply balik kerja nanti pergi hospital.

petang Mr goldfish balik kerja,lepas berbuka dan solat maghrib, kami ke Ampang Puteri memandangkan memang regular check up di situ dan memang nak bersalin di situ sebab dr recomended by mot in law.Dr Jemillah.saya ditolak dengan menggunakan wheel chair masuk ke dalam sebuah bilik,maybe labour room sebab saya inform nurse yang baby less kick.pantas nurse ambil wheel chair.dalam bilik tu,macam-macam wayar di pasang.

midwife check bukaan saya dan dia kata dan 3cm so tak boleh balik,perlu warded.Mr Goldfish dengar pun terkejut dan nasiblah barang-barang memang dah siap dalam kereta.
saya tak merasakan contraction sangat.midwife pun pelik sebab saya boleh tergelak-gelak dengan Mr Goldfish sedangkan bacaan CTG saya tinggi.saya ingat dialog dia.

'awak tak sakit ke,CTG tinggi ni.'
'tak nurse.tapi saya rasa perut keras.tu je.'
'ya allah,bagusnya.'
saya senyum.tapi perasaan takut ada.saya baca-baca juga doa yang terlintas. baca ayat qursi.
pukul 3 pagi dr check,bukaan masih 3cm.dan saya masih tidak rasa sakit.dr decide untuk induce, takut jika jadi apa-apa pada baby.

Esoknya, entah kenapala saya takut sangat nak bersalin,saya decide ambil epidural.midwife kata awak macam tak sakit,tak perlulah epidural.tapi saya berkeras sebab takut punya pasal.
pakar bius dipanggil dan adoi,sakit sangat cucuk epidural di tulang belakang rupanya.menjerit juga saya.lepas induce,ambil epidural dan saya berehat sahaja.dalam pukul 12 tengahari,bukaan dah 9 cm.saya tak rasa apa sebab epidural.midwife banyak tolong saya cara push sebab memang saya tak rasa apa.dr masih tak datang.bila kepala baby dah nampak,baru dr datang.itupun bukan Dr Jemillah,tapi suaminya, Dr Ashar.

Seingat saya,saya push sebanyak 3 kali dan keluarla baby girl berat 2.65kg sahaja. masa tu lega walaupun rasa tak sakit.dr letak atas dada,saya tengok sekejap dan kemudian rasa nak pitam.maybe sebab kesan bius.saya tak dapat susukan baby dulu sebab keadaan saya yang lemah.saya dipindahkan ke wad dan malam saya tak dapat tidur sebab epidural dah habis dan saya tak boleh bangun langsung.nasib la ada nurse yang bantu saya untuk kencing semua.Mr Goldfish tidur di hospital teman saya dan dia juga bantu saya apa yang boleh.

saya duduk di hospital 3 hari 2 malam.settle semua bill di hospital, kami keluar dan saya berpantang di rumah mot in law memandangkan emak saya sudah meninggal dunia.syukur pada tuhan,Dia kurniakan saya mak mertua yang sangat baik.



 

|Pregnancy|- minggu ke 9

Hari ini masuk 9 minggu 2 hari pregnant.mabuk,loya pening masih ada.bukan morning sickness, tapi more to afternoon and evening sickness.
Cuba kuatkan diri untuk menjalani hidup seharian.Almost 2 bulan dapur tak berasap,layanan to Mr Goldfish pun hambar.kesian.sebab petang ke malam saya akan exhausted.gedek pun sama, banyak dengan Mr Goldfish dan auntynya sahaja.sebab mama suka menyendiri.
Ye, preganant kali ini saya tak suka campur orang.tak suka bercakap dengna orang dan lebih suka buat hal sendiri.

tidur pun nak tidur sorang diri.saya rela tidur atas sofa seorang diri di ruang tamu sebab tak boleh nak bau badan Mr goldfish.Tak sabar nak tunggu 1st trimester ni habis.harap-harap 2nd trimester saya sihat dan boleh buat aktiviti seperti biasa.kesian gedek dan Mr Goldfish tak di layan saya sekarang ni.

Baby,cepat-cepat hilang mabuk ok.nanti baby boleh duduk dalam rumah ni selesa.mama tak minta sewa rumah.jangan risau.nanti kalau baby dah selesa, banyak makanan mama boleh bagi pada baby.sekarang mama tak boleh nak bagi sangat sebab mama pun takde selera.dengar nama makanan pun mama nak muntah.tengok gambar makanan lagilah.

Tapi mama puji baby sebab alhamdulillah, mama kategori sihat juga walaupun ada muntah dan sakit kepala,tak larat,lemah compare to kakak gedek dulu, mama sampai kene berhenti kerja sebab muntah non stop.baby suka mama pergi kerja ye, sebab nanti mama dapat kumpul duit, boleh beli macam-macam untuk baby kan.sebenarnya mama memang nak kerja pun,dari dulu mama dah tekad, kalau mama pregnant lagi,mama nak rasa macammana pengalaman kerja dan mengandung. terima kasih baby, bagi mama peluang untuk bekerja. mama janji mama tak kerja kuat sangat.mama nak baby sihat dalam rumah ni.insyallah, kalau mama sihat, baby sihat nanti kita pergi shopping dengan papa dan kakak gedek ok.tak sabar mama nak sampai fasa tu.baby janji ok, baby kene sihat duduk dalam rumah.

ok, mama dah pening tengok labtop.mama kene pergi rest sekejap.

 

Wednesday, 25 December 2013

Dr Suhaiza Salleh


I love her.She's trully humble, talkaltive, down to earth and i'm totally comfortable with her.
First appoinment dengan dia was on last week. nervous juga kalau-kalau dapat gynae yang sombong, tak banyak cakap dan pandang rendah pada certain people.memang ada ye.
dahla dia datang awal. saya ingat saya patient paling awal datang, rupanya dia paling awal.before this dengan Ampang Puteri, masyallah,datang 830, pukul 12 lebih baru dapat jumpa dr. Alasan nurse, dr tak masuk lagi.

Dr Suhaiza, dr yang modern but dalam modern-modern pun ada juga yang ciri-ciri tradisionallnya. she's 40 something but memang tak rupa 40 pun.she's look young and pretty.

during the session, banyaklah dia berbual dengan kami.apa yang boleh dan apa yang tak boleh.bila scan perut baby dah 8 weeks.alhamdullillah, everythings is normal so far. baby's heartbeat ok. rahim ok. Saya berdoa supaya sepanjang 9 bulan ni saya di beri kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menempuh alam bekerja dan mengandung.

What can i say more about this lady doctor, trust me.you will be satisfied once you have her service.sebab saya ada a few experiences dengan dr di private hospital ni.some of them macam malas nak melayan, some of them pulak ada tu jenis tak kisah dengan patient. but this dr totally different from other dr yang i pernah jumpa. she's really understand the patient. saya tanya banyak soalan pelik pun dia boleh ketawa dan jawap dengan sabar.

so saya memang selesa dengan dia.and both me and husband decide untuk teruskan check up dan bersalin dengan dia nanti.so for those yang tengah mencari private hospital gynae, saya cadangkan Dr Suhaiza Salleh from Gleaneagles Specialist Hospital. Dan staff nurse dia pun baik, lemah lembut.

No more shopping for our new house.spent the money for baby.rumah baru tolak tepi dulu.yang penting baby dalam tummy mama ni.Syukur. 


** ada buat appoinment dengan female dr di Columbia Asia. Tapi 3 kali appoinment asyik kena cancel sebab dr terlalu busy.This female dr pun bagus, so motherly( baca dari review blog orang ramai).tapi dia terlalu ramai patient. nampaknya tak dapat lah dengan dr ni sebab saya dah jatuh cinta dengan Dr SS.

Sunday, 22 December 2013

Bila jari malas menaip

Kadang-kadang bila melawat blog orang lain, rasa macam kenapalah nak cerita benda macamni.cerita yang entah apa-apa.tapi itulah,sebab blog mereka,suka hati mereka lah nak cerita apa kan.sebab tu kadang-kadang saya malas nak berblog.Sebab nanti blog saya pun macam blog sampah.Sigh.

tapi tiba-tiba nak berblog semula sebab nak simpan diari untuk kenangan. ya allah,syukur ya allah, saya pregnant anak kedua lepas 6 tahun tunggu.ya allah, tak sia-sia doa anak sulung lepas solat hari -hari.

sekarang 1trimester.baru 2 bulan.So far, mabuk dan loya ada.muntah pun ada tapi tak seteruk anak pertama.cuma lepas tahu pregnant,saya demam seminggu pakej dengan sakit kepala yang tak boleh tidur malam.ya allah,sakit sangat.MC seminggu.Tapi alhamdulillah,lepas pergi hospital sihat sikit.dah boleh kerja macam biasa.cuma loya lepas balik kerja.balik kerja mesti nak muntah.

biasalah, bau badan Mr Goldfish memang tak boleh.parfume dia memang tak boleh bau.tapi dia degil,mesti nak dekat-dekat dengan saya.saya rimas.kesian dia.masa saya tak sihat, dia pun tak tido malam jaga saya.terpaksa layan karenah saya yang kejap suruh picit kepala,kejap nak air,kejap nangis cakap tak boleh tidur.

Lepas saya sihat, dia pulak demam plus muntah-muntah.Isk,kesian.
Tapi sekarang, al hamdulillah, kami berdua sihat.Esok, insyallah first check up dengan Dr Suhaiza Salleh.

Oh,memandangkan pregnancy kali ini tidak di tanggung oleh co saya dan co husband,maka kami berdua dah mula menabung untuk kos bersalin memandangkan saya budak manja sedikit,tidaklah prefer bersalin di government hospital.maka, private hospitalla yang menjadi pilihan,dan sendiri mau ingat menabunglah.

Saya berdoa sangat pregnancy kali ke dua dan yang sangat di nanti oleh Mr Goldfish dan gedek ini sihat dan selamat sehingga bersalin nanti.

Sekarang perangai saya berubah 

- jadi lebih pendiam.kat office, bercakap bila perlu sahaja
-malas nak melayan karenah orang sangat.lebih suka buat hal sendiri
-makanan semua nampak tidak menyelerakan.telan apa yang boleh telan.
-suka minum susu dan makan yogurt.
-rasa malas memang ada,tapi alhadulillah boleh lawan compare to 1st pregnancy sebab tak kerja,so asyik nak tidur.sekarang, kurang nak tidur tapi nak duduk sahaja.
-masak memang tak boleh.tapi kuatkan juga diri.

Harap-harap masuk 2nd trimester ni saya sihat sediakala.

 

Thursday, 3 October 2013

Pregnant

Pernah tak orang cakap benda ni pada kita
'bila nak pregnant ni? ----------->padahal baru kahwin 2 minggu
'sorang je anak? bila nak tambah ni.--------------->bila dah dapat anak sorang
'ko bila nak kejar aku ni,aku dah 3 anak ko dah 5 tahun anak sorang lagi----------------->bila anak masih sorang.
Kita berusaha,rezeki allah yang tentukan.
jadi,soalan macamtu tak perlu tanya banyak kali kot.
Typical.

Monday, 2 September 2013

Iman tak dapat diwarisi

Sabtu lepas,MrGoldfish jemput kawan-kawan datang rumah beraya.
Saya kelam kabut mengemas rumah,mop lantai,vacum rumah.
Sebab jarang mop lantai kan.
Sebab orang nak datang layankan.kemas bersungguh-sungguh.
Nasibla rumah tak besar.
Makanan siap order.
Saya buat dessert sahaja.
Itulah yang paling senang dan simple pun.
Pukul 4, tetamu datang dari bandar SA.
Ada 4 orang anak yang sedang nak membesar.
anak-anak meluru ke meja makan.
Anak 1 terus kaut nasi impit pakai tangan.
Anak 2 terus celup tangan dalam punch bowl air sirap.
Anak 3 terus masuk bilik anak saya.
Anak 4 masuk dapur.main air di sinki
Saya yang tergamam terus tergamam melihat kerenah anak mereka.
yang pelik,ibu dan bapa merangkap kawan sahabat MrGoldfish tadi membiarkan sahaja.
Saya pulak seperti mak ayah mereka tegur jangan buat perangai macam tu.
Sakit hati sekejap.
Sebab fikir budak yang tak berapa budak. Darjah 3, Darjah 2, 6 tahun, 1 tahun.
Boleh anda bayangkan?

Mereka balik,saya tanya pada MrGoldfish anak mereka memang macamtu? mak ayah dia kerja apa? anak nakal sangat nih.Dengan nada berguraula.
2-2 mak ayah cikgu sekolah rendah dan menengah.
anak -anak dia memang perangai macamtu.
Rumah yang diorang pergi sebelum datang rumah kita,
dia patahkan robot transformer anak tuan rumah.Selamba MrGoldfish cakap pada saya.
Masyallah.terkedu saya.
Macamana mereka mendidik anak anak yang lain kalau anak mereka sebegitu rupa?
Salah siapa ni?Salah tuan rumah?salah ibu bapa? 

Tajuk ada kena mengena ke?

 

Thursday, 29 August 2013

Malaysia sebenarnya majmuk

Pagi ni ada appoinment di PWTC.Dah lama tak ke sana.
Naik Putra LRT,senang kan.public transport ada.
Sampai di Masjid Jamek, kenapa ramai sangat orang?
Tertanya-tanya juga,ada artis datang ke.
Hurm,tepat jangkaan saya.
Ada Fafau dan Eji.betulkah ejaan nama itu.
Patutlah ramai berkerumun di tengah kawasan LRT tersebut.
Ah, abaikan.walaupun saya mengaku saya suka dengar hot fm kadang-kadang.
Kaki laju menuju Putra LRT.dengan yakin bahawa betul kaki saya membawa badan.
Tiba di platform, tren ke Sri Petaling.
Oh,saya dah lupa mana arah ke PWTC.
Tanya pada satu adik manis,dia pun tak dapat tolong.
Dalam kekalutan saya dan adik manis tadi, uncle cina menegur
Dengan bahasa ibunda kita yang pelat.
'Mau pigi mana'.
'PWTC uncle.naik dekat sini ke uncle?'
'Bulan-bulan.kena tulun bawah.tulun bawah.lintas jalan'
Oh,tiba-tiba ingatan saya kembali.
Ye betul,sini nak balik Ampang,sana pergi arah Sentul.
'Ok uncle.terima kasih banyak.'
'Sama-sama.'manis dia senyum.gigi takde.

Kesimpulan, Malaysia memang negara majmuk.Jangan cari pasal.

Princess Birthday Party

Saya ada anak perempuan.umur 6 tahun.anak tunggal.
Anak tunggal buat masa ini ye.
Sebut anak tunggal,mesti dapat semua yang dia nak.
Oh tidak!tidak sama sekali.
Umur setahun, first birthday party tak sambut.potong kek kat rumah sahaja.
Umur 2,3 tahun tak celebrate langsung.
Tapi tahun ini dari awal tahun dia dah start bunyi.
Mama,i want to celebrate my birthday party this year.
i want to invite all my school friends.
Saya bagitau pada goldfish,dia setuju.
ok,we can celebrate your birthday this year.
hooray,melompat dia.
Dan sejak dari bulan February 2013,si anak dah sibuk cari tema.
Bukan saya,tapi anak.until today,she keeps remind me on her birthday party.
Tema yang di pilih,princess.
Saat itu,saya teringat semasa mengandungkan dia,saya memang banyak baca tentang
puteri-puteri raja seluruh dunia.salah siapa?
salah ibu mengandung? 
Dan sekarang,si ibu sedang sibuklah mengoogle untuk tema yang si anak nak.




Wednesday, 28 August 2013

Frustation

Korang pernah frust tak?
Frust bercinta.
Frust tak dapat beli something.
Frust tak dapat makan
Frust tak dapat job.
Semalam aku frust.frust tunggu Goldfish balik lambat.
alih-alih aku tido dulu sebab frust.
Frustnye.

Terima kasih pada kakak

Semalam, dalam LRT aku rasa tidak selesa dihimpit oleh seseorang dari belakang.
Rasa tak selesa.beberapa kali memalingkan badan ke belakang untuk melihat empunya badan yang berbuat demikian.
Tak berjaya sebab LRT penuh sesak.
3 minit kemudian, terasa bahu dicuit.
'Dik,zip baju adik terbuka'.empunya badan di belakang menegurku.
Aku terkesima.Kakak tersebut dengan cepat menarik zip baju ku.
Dan aku, dengan muka yang tengah mencover malu ucapkan terima kasih padanya.
Sudahnye,terasa diri seperti di cabul bila memikirkan berapa mata yang dah menjamu belakang badan aku petang semalam.Damn.

Katak bawah tempurung

Pernah dengar peribahasa katak bawah tempurung?
Google kalau siapa tak pernah tahu or dengar peribahasa tersebut.
Jangan jadi macam katak bawah tempurung.
Maksudnya? orang yang cetek pengetahuan?orang yang tak tahu apa-apa?
Kalau katak bawah kaca atau katak bawah gelas kaca? Berpengetahuan tapi malas nak ambil port?macamtu ke? hehe.

Oh, kenapa saya pilih nama blog katakbawahkaca ni? erm, mungkin saya yang tak ada pengalaman dalam bidang penulisan ni cuba nak sampaikan yang jangan pandang rendah pada katak bawah kaca.tak sama katak bawah tempurung dan katak bawah kaca.katak bawah kaca ni katak-katak nampak semua perkara cuma mereka tidak berpeluang untuk jelaskan keadaan yang jadi sebab terperangkap kan.tapi katak bawah tempurung ni,memang gelap gelita duduk dalam tempurung tu.tak nampak dunia luar.
TAPI,katak bawah kaca ni,mereka nampak keadaan di luar,cuma tak dapat nak keluar untuk join group katak-katak yang bebas di luar tu. 

oh, saya merepek tentang katak petang ni.Hari nak hujan,katak-katak confirm suka ni.